Norlaila, Mama, Ateh
Berkahwin
Suami : Nurzahrin
Anak :
1.Nur Irdina Adzim
2.Nur Aliyah Adzim (video)



Nama

URL /Email

Coretanmu (smilies)

Link :
Sri diah
,Manmoncang, hanyasayang, Salina, Inai, Halela, ifa alyana, Ctcute, mushroomcute, Zareda, Kak G, Laman Ixora, Dr Leed, Pakdi, Noret

Previous | Next | Archive

Friday, Aug. 13, 2004

Semalam..semasa nak mandi pagi..aku dengar bunyi orang menangis meraung2 dr rumah sebelah. Gabra gak..apa benda ni..ada kematian ke..rumah kena pecah ke..atau gaduh laki bini.Intai dr tingkap, nampak anak lelaki dia jiran tu pergi kerja. Tengah iron baju lak..dengar lagi..cepat2 husband turun bawah..tengok2, mana tau..diaorang perlukan bantuan.

Rupanya jiran aku tu mati ...seorang India yg aku rasa dlm 60an..selalu duduk didepan rumah mengambil angin..tiba2 kena serang dek asma..tak sampai 5 minit, dah mati. Husband saya rajin melayan aya ni bersembang sementara nak masuk rumah bila balik dr kerja.

Saya pergi menjenguk aci sewaktu mayat aya di bawa ke hospital utk pengesahan. Bukan apa..sekadar menunjukkan simpati atas atas dasar kejiranan..menangis2 aci sedih ..sebab aya memang nampak sihat jer.

Dina tanya saya

"mama, kenapa acik tu mati"

"sebab dia sakit"

"Kenapa dia sakit"

"sebab dia dah tua"

"Kenapa dia tua"

"sebab dia dah lahir lama"

"kenapa dia lahir dah lama"

"em..sebab....ayah, tolong mama nak jawab camner ni.....

muka Dina masih serius menunggu jawapan....

"kenapa dia tak makan ubat"

"sebab dia lupa"

"kenapa dia lupa"

"sebab dia dah tua"

"kenapa dia dah tua??????

Oh My God...silap bagi jawapan lagi..terjerat balik semula...

coretan oleh : atehlaila @ mama Dina || Respon


Dina & Liyah - Wednesday, Mar. 16, 2005
- - Tuesday, Mar. 15, 2005
dah sakit tu... - Thursday, Mar. 03, 2005
Jatuh - Wednesday, Mar. 02, 2005
Panas... - Tuesday, Mar. 01, 2005

tagboard Diaryland