Previous | Next
| Archive
Monday, Aug. 30, 2004
Hari Jumaat malam..Kak Long ( anak buah yg sulung ) minta tolong ambik kat LRT Sri Petaling. Kebetulan si Haikal, anak kakak aku nak ikut aku balik rumah..so, kenalah aku bawak depa ikut aku mengambil kak long. Singgah kat Awan Besar..nak makan sate kajang. Aku mendukung si aliyyah..Aku sebenarnya memang malas nak bawak si Haikal ni..bukan apa,al ni..sebab Dina ni kalau ada Haikal ni, lain macam nakal dia..kata kita ni macam tak de kesan langsung. Tengah aku melilau2 cari tempat duduk..kak long buat bahasa isyarat suruh aku tengok kasut..astaghfirullah..aku terpakai kasut lain sebelah. Sebelah sandle coklat..sebelah lagi selipar jepun warna kelabu..Ini semua akibat kalut nak keluar cepat dr kereta..risaukan budak berdua tu lari lintas jalan..maklum le..memasing dah pandai buka pintu sendiri.. Pergh..cepat2 aku panggil suami aku tolong ambilkan kasut yg betul..Aku tergelak sampai rasa senak perut..Yg Dina & Haikal dah masuk kedai mencapai topeng power rangers..aku lak tak leh buat apa sebab aku memang tak nak jalan..aku menjeling dr jauh jer...tension betul. Bila suami aku dah antar kasut..aku pun mula le bising..nak control malu tu..Aku dah selalu pesan dia..kalau gi sembahyang jumaat..selipar tu simpan le kat bonet kereta..jgn suka letak kat tempat duduk aku..sebab dulu aku dah kena sekali...masa tu bas langgar bontot kereta aku..abih tu driver bas tu marah2..aku cepat2 kuar kereta nak suruh masing2 cool...sudah2 aku tengok aku terpakai kasut sebelah lain..last2 aku terus masuk kereta duduk diam2. Boring betul..tengah panik ke..nak cepat ke..benda2 pelik ni memang senang jadi..Akibatnya, mlm tu aku kena perli jer dgn suami aku...ceh.
Hari sabtu lak..aku sekeluarga pergi ke N sembilan..Chembong, rumah baru kakak aku. On the way tu..kami menyinggah di Nilai satu..saja2 nak tengok..org kata kain2 murah. Baru masuk satu kedai..Dina dah jatuh tersungkur..tersembam muka sebab jatuh berlari kejar2 dgn Haikal. Berbuih mulut melarang..tak dengar2. Mula tu nak marah gak..bila tengok darah dah penuh kat mulut dia..cepat2 aku pergi kat dia. Aku tengok2..gigi depan dia dah retak 3-4 pecahan..hidung dah berdarah. Yg husband aku duk membebel tak habis2..tension aku. Aku ajak gi klinik ..diaorang kata tak payah..tapi, aku ni mak dia.,.mana aku boleh tengok anak aku berdarah2 camtu. Last aku dapatkan air batu..bubuh kat mulut & hidung dia.
Nasib baik darah cepat berhenti..mulut dia bengkak..gigi depan dia tu menanti masa jer nak tercabut..Aku sibuk nak gi klinik gak..risau ada apa yg serius..yg depa sibuk nak teruskan perjalanan..memang hati aku bengkak betul. Bukan ada apa nak di kejar..abis kuat pun, sampai awal, boleh tidur jer..
Tapi, itulah budak namanya..hilang jer sakit..dgn gigi yg bergoyang..bibir yg bengkak..dia mula le berlari balik. rasanya masa mengandung dulu..tak der lah pulak aku ni tengok sukan olimpik ke..sukan komenwel ker..
coretan oleh : atehlaila @ mama Dina
|| Respon
Dina & Liyah - Wednesday, Mar. 16, 2005 - - Tuesday, Mar. 15, 2005 dah sakit tu... - Thursday, Mar. 03, 2005 Jatuh - Wednesday, Mar. 02, 2005 Panas... - Tuesday, Mar. 01, 2005
|