Previous | Next
| Archive
Wednesday, Sept. 15, 2004
tension nya..semalam saya dah menulis panjang..bila nak send..ada problem dan akhirnya hilang cam tu saja...ceh..hilang semangat. Aku mendapat seorang lagi anak sedara..perempuan. Bertambah lagi cucu mak...alhamdulillah. Semoga maisara dapat mampu melalui kehidupan di dunia yg penuh cabaran ini dgn tabah... Hari minggu ni Pak Lah & Hendun nak datang merasmikan car boot sale tempat aku meniaga kat s alam. Sekarang ni susunan gerai dah pun di ubah..sedikit sebanyak mengubah hasil perniagaan. Ada yg menganggap perubahan ini membawa keuntungan lebih dan ada juga yg menganggap kedudukan baru ini mengurangkan jumlah pelanggan yg datang ke gerai mereka. Mula2 aku pun komplen gak..tapi, bila aku ingat..rezeki di tangan allah..aku pun tak pedulilah. Aku ada strategi sendiri utk menarik perhatian pelanggan2 kat situ... meniaga macam aku ni..taklah boleh kaya..tapi, bolehlah buat saving sikit. Nak harap duit gaji..faham jer lah..jadi, kenalah usaha lebih sikit.Nak wat camner lagi..nak minta tolong orang..nanti org akan kata..masuk universiti, dah kerja pun tak der duit lagi?? Lagipun..minat tu turun dr arwah ayah aku..ayah aku dulu ada kedai runcit kat kampung..so, dr kecik aku dah tau selok belok meniaga ni..tapi, aku tak meniaga besar2 an sebab tak der modal..dan aku tak tau strategi korporat2 ni. Aku tak reti nak kenen2 org besar2 ni..bab lobi melobi aku tak reti..dengar ketawa org korporat yg besar2 tu pun aku dah ngeri..camner le aku nak join ketawa camtu. aku cuma pandai..jual barang, dapat duit..dapat le untung sikit..Ada kawan ajak aku masuk direct selling..aku pun suka dapat duit banyak tanpa kerja kuat..tapi, aku malas nak gi meeting sana sini..nak pujuk2 orang masuk member itu ini..sebab aku pun cukup tak berkenan bila di approach dgn gang2 ni. Mulalah aku berjalan melencong ke lain kalau bertembung ngan diaorang. Memang aku tau skim atau marketing strategi dia bagus..tapi entah ler..aku suka style aku... em..dah mengarut dah aku ni..sebenarnya aku dah apply cuti..aku nak buat new IC dan kalau sempat aku nak gi ROC utk form company..senang sikit aku meluaskan lagi bidang perniagaan aku ni..Tapi, ke 2 tempat yg aku nak pergi tu memang selalunya penuh dgn org2 yg sewaktu dgn nya...jadi, aku tak tau le sempat atau tak...harap2 sempatlah aku membuat 2 perkara ni hai jumaat ni...
coretan oleh : atehlaila @ mama Dina
|| Respon
Dina & Liyah - Wednesday, Mar. 16, 2005 - - Tuesday, Mar. 15, 2005 dah sakit tu... - Thursday, Mar. 03, 2005 Jatuh - Wednesday, Mar. 02, 2005 Panas... - Tuesday, Mar. 01, 2005
|