Norlaila, Mama, Ateh
Berkahwin
Suami : Nurzahrin
Anak :
1.Nur Irdina Adzim
2.Nur Aliyah Adzim (video)



Nama

URL /Email

Coretanmu (smilies)

Link :
Sri diah
,Manmoncang, hanyasayang, Salina, Inai, Halela, ifa alyana, Ctcute, mushroomcute, Zareda, Kak G, Laman Ixora, Dr Leed, Pakdi, Noret

Previous | Next | Archive

Thursday, Oct. 21, 2004

Bulan puasa ni..seawal pagi kaum2 ibu dah memikirkan..apalah juadah berbuka hari ni? Kari daging sudah..ayam padprik sudah..sup ikan sudah..kurma sudah..pening2. Kalau nak buat kari ikan..apa kawan dia yek? Hai..sampai le jam dah menunjukkan pukul 4 ptg..masih belum tahu lagi apa nak di masak.Itu belum bab kuih..air..

Kalau dulu, semua mak siapkan. Ateh ada 10 org adik beradik..Masa kecik2 dulu..bila berbuka jer..bermacam2 jenis lauk. Air je..rasanya dlm 4 jenis kut..Bukan senang mak nak penuhi selera anak2nya. Kami semua makan bersila atas tikar..sebab meja makan tu mana boleh muat menampung kami adik beradik.

Sekarang ni pun, kalau balik kampung..masing2 dgn selera masing2. Sorang teringin ikan bakar..sorang nak dalca..sorang nak kari..huh! Siapa nak makan..sendiri beli, sendiri buat..makan ramai2. Pada yg dah kawin tu..boleh le minta isteri masakkan..tapi, pada yg belum lagi tu..faham2 jer lah.

Bila dah berkumpul tu..penuhlah rumah mak dgn anak cucu. Kadang2 anak sendiri pun dah tak nampak..maklum le..cucu mak dah ada 27 orang. Menantu dah ada 9 orang..Cucu lak yg sulung baru habis UITM jer..maknanya cucu mak pun semua dah sama saiz dn anak2 mak. Kalau semua berkumpul..boleh buat majlis tahlil tanpa jemput tetamu luar. Kalau arwah ayah masih ada..dialah yg paling gembira..tersenyum je sepanjang masa. Kalau ada sorang lagi belum sampai..5 minit sekali dia akan menjenguk ke jalan raya..sampai kita naik runsing tengok dia tak duduk diam.

Kakak & kakak ipar saya memang pakar2 memasak..so, saya tak payah susah2. Setakat buat air tu..no problem lah. Bukan setakat kakak..abang2 ipar saya pun boleh tahan. Setakat ikan bakar..air asam..abg ipar saya yg dr Kedah tu cukup pakar. Bukan setakat memasak..dia punya lawak pun boleh buat tambah selera..

So..hujung bulan ni saya kan balik kampung utk berbuka puasa. saya harap dapat bersama mereka..sebab dah lama kami tak berkumpul semua sekali. Lagipun..suami saya nyer kampung dekat jer..so, saya kena bahagikan masa dgn betul..Kalau dia kat Johor ke..senang..balik umah saya, lain kali balik umah dia. Ini..walaupun cuti 2 hari..kena balik rumah dua2 sekali. BTW..dah lama kawin..kami dah tau nak handle camner.

Bila saya komplen saya boring balik rumah dia time2 puasa ni ( sebab adik beradik dia sikit..tak meriah )....dia kata...."Tambah le sorang lagi ma..nanti anak ramai, baru seronok."..Ish..ke situ pulak...

coretan oleh : atehlaila @ mama Dina || Respon


Dina & Liyah - Wednesday, Mar. 16, 2005
- - Tuesday, Mar. 15, 2005
dah sakit tu... - Thursday, Mar. 03, 2005
Jatuh - Wednesday, Mar. 02, 2005
Panas... - Tuesday, Mar. 01, 2005

tagboard Diaryland