Norlaila, Mama, Ateh
Berkahwin
Suami : Nurzahrin
Anak :
1.Nur Irdina Adzim
2.Nur Aliyah Adzim (video)



Nama

URL /Email

Coretanmu (smilies)

Link :
Sri diah
,Manmoncang, hanyasayang, Salina, Inai, Halela, ifa alyana, Ctcute, mushroomcute, Zareda, Kak G, Laman Ixora, Dr Leed, Pakdi, Noret

Previous | Next | Archive

Monday, Nov. 22, 2004

Jumaat 12/11/04

Jangkanya kami akan bertolak balik ke kampung selepas zohor..rupanya suami tak dapat perlepasan utk half day leave. Saya dan anak2 menunggu di rumah dgn perasaan hampa.

Pukul 5.30 ptg..suami sampai dr opis. Dia tengok saya..saya tengok dia. Masing2 tak nak tunjuk yg dlm hati tu nak balik sangat dah ke kampung. Sebab..hari hujan..memang kami nak elakkan balik di malam hari..Nasib baik tiba2 Dina bersuara..ayah, kita nak balik kampung ke? Yes..suami angguk..so, terus kami masukkan semua bag dlm kereta..jom. Tak kira hujan lebat..kami beli popia 6 ketul..satay 10 cuck dan ayam madu 5 ketul..ingatkan nak alas perut sementara nak cari port utk berbuka. Semangat dan lambaian kampung membuatkan kami lupa akan bahaya atau risiko2 yg akan di tempuhi sepanjang perjalanan.

Memang hujan lebat..tersangat lebat. Namun..suami tetap tenang membawa kereta. Hujan lebat juga tak membenarkan kami utk mencari port ..kami berbuka dgn kuih dan teh O suam . Akhirnya kami sampai di kampung suami dlm pukul 9 malam.


Sabtu 13/11/04

Memang sibuk menyiapkan keperluan menyambut hari raya. Ha..ha..saya bawak Dina potong rambut di saloon maria, kuala kangsar..kosnya hanya rm 2. Terkejut di buatnya..selalunya di sini anggaran RM 6-8.

Ahad 14/11/04

Selamat Hari Raya..di pagi raya saya termenung terkenangkan arwah ayah yg telah meninggalkan kami semua. Semoga ayah tenang dan di rahmati Allah.

Isnin 15/11/04

Kami membawa mak mertua beraya di rumah keluarganya..di Kulim..sungai petani & Bukit Mertajam. Dlm perjalanan ke sana..kami lalu di Permatang Pauh..Cheruk Tok Kun...tempat dato Anwar Ibrahim..memang ramai org sebab hari tu dia buat open house.

Selasa 16/11/04

Balik ke rumah mak saya di sungai siput. Adik beradik saya ramai ..tapi, ada yg dah berangkat ke rumah mertua pulak. Nasib baiklah ramai..jadi, kami bergilir2 balik kampung.

Rabu 17/11/04

Tengahari ni kami beraya di rumah best friend husband. Seronok dapat jumpa kawan lama...yg hanya boleh jumpa setahun sekali...

Khamis 18/11/04

Mendapat tetamu dari KL..suasana gembira & hiba mengiringi pertemuan..panjang ceritanya..penuh dgn sejarah ..cerita sedih dan macam lah.

Jumaat 19/11/04

Balik ke KL..kakak saya dengan anak2 ikut sekali sebab anak ke 3 dia dapat masuk UITM Jengka Pahang dan yg sulung dapat pula ke UITM S Alam.

Sabtu 20/11/04

Beraya di Kl..rumah adik & sepupu

Ahad 21/11/04

Ke Jengka mengantar anak buah ke Uitm. Tak lah jauh sangat sejak ada highway baru ni.

Balik..kami singgah ke Bukit Tinggi. Nice place..sesuai utk berehat selepas letih bekerja.


Isnin 22/11/04

Em...hilang terus kemanisan bercuti bila sampai ke ofis. Bosan..menyampah..nak pegang pen pun..rasa nak terlepas jer...arghhh cepatlah pukul 5.30...aku nak raya lagi...

coretan oleh : atehlaila @ mama Dina || Respon


Dina & Liyah - Wednesday, Mar. 16, 2005
- - Tuesday, Mar. 15, 2005
dah sakit tu... - Thursday, Mar. 03, 2005
Jatuh - Wednesday, Mar. 02, 2005
Panas... - Tuesday, Mar. 01, 2005

tagboard Diaryland