Norlaila, Mama, Ateh
Berkahwin
Suami : Nurzahrin
Anak :
1.Nur Irdina Adzim
2.Nur Aliyah Adzim (video)



Nama

URL /Email

Coretanmu (smilies)

Link :
Sri diah
,Manmoncang, hanyasayang, Salina, Inai, Halela, ifa alyana, Ctcute, mushroomcute, Zareda, Kak G, Laman Ixora, Dr Leed, Pakdi, Noret

Previous | Next | Archive

Wednesday, Mar. 02, 2005

Hari yg agak malang bagi aku..naik letih aku nak menjawab bila org asyik bertanya..mengapa..macamana..Akhirnya aku menjawab..dah takdir..

Aku terkocoh2 menuruni anak tangga. Malas aku nak menggunakan lift yg di sediakan sebab aku kena melalui jln depan..turun lift ( yg pintunya agak lembab) dan terpaksa berpusing ke belakang bangunan semula )Jadi..aku mengambil keputusan utk menuruni tangga utk menuju ke surau. Aku tahu..waktu asar masuk pukul 4.45 petang..tapi, jam menunjukkan pukul 3.20 petang..yg pada aku bukan lah terlalu awal.Bos aku dah bercuti 3 hari..jadi aku agak sibuk ..

Lagi 3 anak tangga terakhir utk tingkat pertama yg aku turun..aku rasa macam badan aku melayang..tak sempat aku berpaut pada besi penghadang di tepi..dan aku hanya menunggu di saat p******g ku terhempas ke anak tangga seterusnya. Aku langsung tak mengeluarkan suara..tapi masih sempat menjengah ketingkat seterusnya utk memastikan tiada sesiapa yg menyedari keadaan yg berlaku. Dlm kesakitan..cepat2 aku naik semula ke atas ( berpaut pada besi )..membuka pintu dgn keadaan yg amat payah. Aku lupa tentang kesakitan..yg aku tahu..aku mahu sampai segera.

Terbuka saja pintu..aku ternampak Agnes sedang menuju ke pantry utk mengambil air. Semakin lama..pandangan ku agak kabur..tekakku terasa sakit..

"Agnes..saya pening lah..rasa nak pitam"..sempat aku memberi tahu Agnes. Cepat2 dia memegangku ke kerusi di pantry...Memang aku tak tau nak buat apa..tapi, aku masih sempat berfikir..agaknya aku punya otak dah jadi bodoh ni..tapi, kepala aku tak terhempas...

Seorang dua kawan mula mengerumuni..bila aku OK sikit..aku menangis..tapi, ketawa. Sakit..tuhan yg mengetahui..tapi, macam kelakar. Kaki dan tanganku sejuk..aku jadi terketar2..

Bila aku mula duduk di kerusiku semula..ramailah yg lain datang menanya..aku tak larat bercerita..airmata tetap mengalir..tapi, masih ketawa. Aku rasa macam tulang p******gku dah terpatah sebab aku tak mampu duduk tegak..Alamak..cacat ke aku nanti..

Aku balik awal sikit..tapi aku malas ke klinik..aku tak tau nak mengawal kesakitan tu..dan tak mahu ditanya banyak persoalan..aku balik...

Di rumah..Suami, Dina & liyah sibuk menanya..suami sibuk memberi aku ais utk di tuam. Yg pasti..pergerakkan ku terbatas..tak boleh tunduk..bongkok..dan semua perbuatan yg melibatkan tulang P******gku..akan menyebabkan kesakitan yg teramat. Bila aku tampal koyok..habis p******g kedua anakku turut bertampal koyok..bila aku bertuam..diaorg pun nak bertuam.

Pagi ni baru aku sanggup ke klinik..ada kesan lebam di situ. Tulang belakang aku rasa OK..tak ada kesakitan di bahagian belakang..tapi, bahagian P******gku masih sakit. Doktor hanya memberi aku ubat tahan sakit..dan yg lecehnya aku kena buat X Ray..

SEkarang keadaan aku sama seperti org baru bersalin sehari dua..agak phobia.Nak ke bilik air pun aku phobia..

Patutlah dua tiga hari lalu aku sibuk nak beli kasut baru..rupanya dgn kasut tu lah aku terjatuh bagaikan nangka busuk dan menyebabkan aku terpaksa memperlahankan pergerakkan ku.

Ya Allah..aku redha dgn ujianmu..mungkin ada kesalahan yg aku lakukan kebelakangan ini. Aku mohon keampunan dr mu....sesungguhnya kau lah yg maha pengampun..amin

coretan oleh : atehlaila @ mama Dina || Respon


Life.. - Friday, Mar. 25, 2005
Athirah - Tuesday, Mar. 22, 2005
Dina & Liyah - Wednesday, Mar. 16, 2005
- - Tuesday, Mar. 15, 2005
dah sakit tu... - Thursday, Mar. 03, 2005

tagboard Diaryland